Ahad, 17 Julai 2011

CiNta IsLaMic...?????????????



Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:

'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'

'saya cintakan awak kerana Allah..'

'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'

Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'

'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'

'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'

'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

Jumaat, 15 Julai 2011

Benarkah cinta itu menyakitkan???

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Kenapa Perempuan Masih lagi SINGLE???

Paras rupa - Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!

Penampilan diri - Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.

Tutur bahasa dan adab sopan - Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti. ;))

Tidak yakin pada diri sendiri - Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.

Serik untuk berkapel - Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda.